
Digital Era Networks "Pool Team".
PENERANGAN MENGENAI "Pool Team".
Salam Sejahtera dari saya dan Selamat Datang Ke "Projek Melombong Bitcoin Secara Pool Team" Digital Era Networks!
Secara ringkas - Digital Era Networks ditubuhkan untuk menyediakan satu perkhidmatan dari segi kemudahan asas seperti ruang bilik berhawa dingin beserta dengan rak khas untuk "Mining Hardware", sambungan internet fiber optik (Maxis Highspeed Broadband), unit server khas untuk "Mining Hardwares" dan juga juruteknik yang mahir dalam kerja-kerja "Set-up, Commissioning, Troubleshooting and Maintenance" untuk "Mining Hardware" dan juga "Software".
Program "Projek Melombong Bitcoin" ini bukanlah satu skim cepat kaya, skim pelaburan atau skim mengumpul dana atau yang berkaitan seperti yang selalu anda dengar dalam berita semasa.. Program ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada anda yang ingin merebut peluang dalam menambahkan pendapatan anda yang semakin meningkat sekarang ini serta sebagai pelan persaraan masa depan anda.
Program ini tidak memberikan sebarang JAMINAN bahawa anda akan menjadi kaya dalam masa yang singkat atau JUTAWAN SEGERA!! Apa yang program ini boleh tawarkan adalah untuk anda mengambil peluang "Fenomena Era Matawang Digital" iaitu Bitcoin yang sedang berkembang dan meluas penerimaan serta penggunaannya
di seluruh dunia dalam institusi perniagaan dan kewangan sekarang ini!
Modus Operandi - bagaimana program ini beroperasi? Program ini akan beroperasi secara perkongsian dalam satu kemudahan asas yang telah disediakan oleh Digital Era Networks iaitu - sistem "Pool Team".. Standard Procedure atau prosedur asasnya adalah seperti berikut:-
1. Anda perlu membeli "Hardware" iaitu mesin melombong Bitcoin sepertimana yang kami syorkan. Sama ada anda membeli sendiri melalui pembekal yang kami senaraikan atau anda boleh membeli terus dari kami secara sah dimana semua urusan dan transaksi pembelian mempunyai dokumen yang sah.
2. Anda perlu membayar sejumlah kos atau yuran perkhidmatan ( detailnya akan diterangkan dibawah ini) yang telah disediakan oleh pihak Digital Era Networks apabila tiba masanya.
3. Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa jika anda dapati program ini tidak memberikan sebarang manfaat pada anda dan pihak Digital Era Networks akan memulangkan semula aset anda. Anda hanya boleh menuntut apa yang telah anda serahkan pada pihak Digital Era Networks.
4. Penyertaan anda dalam program ini adalah atas keputusan serta kerelaan anda sendiri dimana pihak Digital Era Networks tidak sama sekali mempengaruhi atau memperdayakan anda untuk menyertai program ini. Pihak Digital Era Networks hanya menyediakan perkhidmatan seperti yang telah dinyatakan diatas serta pandangan dan pendapat sebelum anda menyertai program ini.
5. Program ini telah disahkan sebagai satu medium perkhidmatan yang sama sekali tidak bertentangan dan menyalahi undang-undang sama ada dari pihak Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan juga Jabatan Jenayah Komersial PDRM. Anda boleh membuat rujukan pada pihak seperti yang disebut diatas terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai program ini.
Dengan penerangan diatas ini, diharap anda jelas dan sedia maklum mengenai program ini. Bagaimana untuk menyertai program "Pool Team" ini?
1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menjadi ahli "Pool Team". Setelah disahkan keahlian, anda akan diberi satu "ID" atau pengenalan keahlian dimana "ID" ini akan digunakan sebagai tanda atau "Tag" pada slot "Mining Hardware" anda nanti.
2. Anda perlu membeli "Mining Hardware" - sama ada dari pihak Digital Era Networks atau dari pihak pembekal yang kami syorkan. Setelah menerima pembelian unit "Mining Hardware" dari pembekal, anda perlu datang ke premis kami untuk urusan dokumentasi dan pemasangan unit "Mining Hardware" anda.
3. Pihak Digital Era Networks akan melapor serta mengemaskini operasi "Mining" kepada anda dari masa ke semasa.
Dibawah ini adalah senarai "Mining Hardware" yang perlu anda beli beserta dengan penerangan bagaimana "Mining Hardware" ini akan dioperasikan dan juga Pelan Pendapatan "Pool Team".




Penerangan
"Mining Hardware" diatas adalah model yang terbaik dan terkini dipasaran setakat ini dan boleh menghasilkan Bitcoin secara konsisten tanpa sebarang masalah jika suhu "Mining Room" sentiasa berada dalam setting yang telah ditetapkan. 1 unit "Antminer S7" ini dapat menghasilkan antara 0.545 ke 0.6 Btc 24 jam x 30 hari operasi. Oleh itu untuk mendapatkan pulangan yang selesa serta konsisten, kami mengesyorkan supaya 2 unit digunakan untuk "Mining" Btc secara optimum iaitu dalam anggaran pengeluaran 1.09 Btc sebulan.
Modal untuk anda membeli set "Mining Hardware" beserta dengan PSU (1 set mempunyai 2 unit "Miner" dan 2 unit PSU) ini adalah Usd 1,600.00 (dalam Ringgit Malaysia= RM 6,640.00) mengikut kadar semasa nilai Dollar US termasuk kos "Courier" dan juga cukai kastam. *Untuk makluman anda., setiap 1 unit "AntMiner" termasuk PSU adalah seberat 5.5 kg. Ini bermakna 2 unit beratnya adalah 11kg.!
Dibawah Ini adalah link laman web pembekal dalam senarai kami:-
*anda boleh bandingkan harga kami dengan senarai pembekal yang lain.
Setiap unit akan disambungkan ke terminal "Server" khas dimana "Miner" akan berkomunikasi dengan satu "Software" khas dikenali sebagai "GUI MINER" dan ia akan disambungkan ke satu terminal iaitu "Antpool" dimana "GUI MINER" ini akan menjalankan tugas "Mining" yang rumit dan kompleks untuk menghasilkan Bitcoin..
Dibawah ini adalah gambarajah "GUI MINER" dan terminal "Antpool" yang akan mengeluarkan data berapakah jumlah Bitcoin yang telah dihasilkan oleh "Miner" anda setiap 24 jam beroperasi.








